Shabery Cheek: Saingan Utama Umno di Terengganu Adalah PAS , PH Bakal Kalah Teruk

share on:

Shabery Cheek: Saingan Utama Umno di Terengganu Adalah PAS , PH Bakal Kalah Teruk

Oleh: Faris Mahfuz

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyatakan percaturan sebenar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) di Terengganu ialah Barisan Nasional (BN) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

“Kita akan melihat di Terengganu parti-parti tertentu yang dulu dianggap besar akan menjadi parti serpihan misalnya PKR dan Amanah akan dilihat menjadi parti kecil selepas ini dan saya percaya sebahagian akan mengalami kekalahan yang teruk.

“Akhirnya dari segi realiti politik dalam negara kita parti untuk orang Melayu ada dua sahaja UMNO dan juga Pas dan pilihan raya kali ini cukup memberi impak baru kepada landskap politik di masa akan datang,” kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas melawat Tapak Pasar Tani Kekal (PTK) Kerteh di sini siang tadi. Saingan beliau di kerusi parlimen Kemaman ialah Che Alias Hamid dari PAS dan Mohd Huzaifah Md Suhaimi dari PKR yang mewakili Pakatan Harapan.

 

Leave a Response