Nik Omar Jadi Calon PH : Netizen Bangkitkan Isu Restu Ibu

share on:

Nik Omar Jadi Calon PH : Netizen Bangkitkan Isu Restu Ibu

Oleh: Asmaa

Pengkalan Chepa, 28 April – Penamaan calon hari ini hangat dengan isu pencalonan Anak Allahyarham Nik Aziz iaitu Nik Omar yang hadir menyerahkan borang pencalonan bagi bertanding meewakili Pakatan Harapan (PH).

Terdahulu, beliau memberitahu tidak akan bertanding mewakili PH kerana tidak mendapat restu ibunya Tuan Sabariah Tuan Ishak.

“Semua bergantung kepada bonda, selagi bonda tidak izin, bonda minta tidak terlibat, kita kena terima. Bonda melihat mungkin kerana berlaku pertembungan.

“Bila ditanya kenapa bonda? Saya nak tunjuk apa jua yang kita lakukan pentingnya mendapat keizinan dan restu ibu,” ulasnya.

Kejutan tersebut sekaligus menimbulkan tanda tanya netizen; adakah keputusan bertanding beliau itu mendapat restu Ibunya.

Leave a Response