Lagi 2 Nama Calon PH ditolak: Kali Ini Di Kelantan

share on:

Lagi 2 Nama Calon PH ditolak: Kali Ini Di Kelantan

Oleh: Nabihah Azman

Penamaan Calon PKR ditolak ekoran kecuaian sendiri. Pencalonan Mohd Azihan Che Seman di N020 Tawang dan Dr Mohd Hafidz Rizal di N038 Kuala Balah ditolak oleh SPR.

 

Pencalonan Mohd Azihan Che Seman yang mewakili Pakatan Harapan ditolak dengan sebab yang masih lagi kurang jelas. Namun, difahamkan berkaitan dengan status tempat tinggal serta alamat Mohd Azihan.

 

Manakala Dr Mohd Hafidz Rizal, Calon Pakatan Harapan Dun Kuala Balah, hilang kelayakan bertanding selepas pencalonan beliau dibatalkan pada saat akhir selepas diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi.

 

Pembatalan pencalonan ini menimbulkan persoalan daripada netizen tentang apakah sebenarnya persediaan PH di Kelantan.

 

Kerusi DUN Tawang menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon Pas yang juga penyandang, Datuk Hassan Mohamood dan calon muka baharu BN, Datuk Mohd Radzuan Abdullah.

 

Manakala di Dun Kuala Balah menyaksikan pertandingan satu lawan satu di kerusi Dun tersebut  antara penyandang, Datuk Abd Aziz Derashid (BN) dengan calon Pas, Mohd Apandi Mohamad.

Leave a Response