Kita Bukan Anak Haram

share on:

Kita Bukan Anak Haram

Oleh: Adila Ramzi

 

Berikutan Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH) yang telah dianjurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur baru-baru ini, Siti Kasim telah melemparkan tuduhan dengan kata-kata kesat di laman facebooknya membangkang operasi itu.

 

Operasi yang melibatkan 28 agensi penguat kuasa dan 19 NGO itu dilaporkan sudah berlangsung selama 4 tahun dan kini memasuki siri yang ke-44.

 

Antara agensi yang terlibat termasuklah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imegresen Malaysia serta 19 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang lain.

 

Dalam laman facebooknya, Siti Kassim menulis, “Who the fuck are these people???   Please, can ZOUK sue these assholes?  or the people in there? Sue their pants off. Makin melampau these bastards.”

 

Menjawab tuduhan itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Ustaz Masridzi Sat menegaskan sepatutnya Siti Kasim harus memahami tugas dan tanggungjawab penguatkuasa kerajaan yang dilantik dalam masyarakat untuk menjaga masalah sosial dan jenayah di negara kita.

 

Beliau mempersoalkan “kenapa Siti Kasim tiba-tiba nak menentang operasi yang ke 44 ini, sebaliknya kenapa pada siri-siri sebelum ini tiada penentangan apa-apa pun? ”

 

Beliau bersama 9 NGO lain telah hadir di IPD Dang Wangi untuk membuat laporan polis berhubung perkara berikut.

 

Katanya, laporan polis yang dibuat bukan semata-mata berkaitan beliau tetapi termasuk pihak atasan yang berada di belakangnya.

 

Laporan polis itu juga sebagai penafian terhadap tuduhan yang telah dilemparkan kepada pihak mereka.

 

“Kita bukan anak haram, sebaliknya kita hanya mahu menyekat kebanjiran anak-anak haram kerana anak luar nikah sekarang sudah mencecah lebih setengah juta,” katanya.

Leave a Response