Kecoh Calon PKR Lupa Bawa MyKad Bertanding di Wangsa Maju

share on:

Kecoh Calon PKR Lupa Bawa MyKad Bertanding di Wangsa Maju

Oleh: Muhamad Azri

Gara-gara kegagalan menunjukkan dokumen penting itu, calon PKR Wangsa Maju, Datin Paduka Tan Yee Kew tidak dibenarkan memasuki pusat pencalonan di SMK Wangsa Melawati.

Tan kelihatan sedang menunggu di luar pusat pencalonan, sementara pembantunya pergi mendapatkan MyKad tersebut yang dipercayai ditinggalkan di dalam mesin fotostet di rumahnya di Subang Jaya.

Menurut pegawai SPR, Tan hanya dibenarkan masuk ke pusat setelah mana mengemukakan kad pengenalan untuk urusan memproses pendaftaran sebagai calon sebelum jam 10 pagi.

Namun begitu, beliau sempat mengisi borang dan mendaftar selepas pembantunya tiba bersama MyKad Tan sebelum waktu penyerahan borang calon ditutup, jam 10 pagi.

Pegawai pilihan raya mengesahkan bahawa beliau dibenarkan bertanding di Wangsa Maju dalam pertembungan tiga penjuru dengan BN dan PAS.

Leave a Response