Tun Mahathir Hijack Gerakan Reformasi?

share on:

Tun Mahathir Hijack Gerakan Reformasi?
Oleh: Faris Mahfuz

Lima Ketua PKR Cabang Negeri kecewa dengan kepimpinan Pusat rentetan penyerahan lima kerusi Parlimen dan Dun milik PKR kepada PPBM yang disifatkan tidak adil tanpa mempedulikan suara akar umbi.

Ketua Cabang Tapah, Adanan Talib menyatakan bahawa tindakan sedemikian menyebabkan PPBM lebih mendominasi berbanding PKR yang telah lama berkecimpung dalam arena politik.

“PPBM ini umpama ‘adik’ dalam Pakatan Harapan dan hanya dua atau tiga bahagian sahaja yang ada ahli.

“Ini bukan pakatan tetapi lebih kepada dominasi dan perkara ini telah mengecewakan ahli.

“Saya khuatir dengan Bersatu dibawah kepimpinan Tun M akan ‘hijack’ kita punya gerakan reformasi, iaitu reformasi untuk seluruh sistem politik negara kita,” kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Kuala Lumpur. Hadir sama, Ketua PKR Cabang Gerik, Mejar (B) Kaha Othman; Ketua PKR Cabang Lenggong, Azalan Shah Banyamin; Ketua PKR Cabang Parit, Usaili Alias dan Ketua PKR Cabang Kuala Kangsar, Mohd Khair Mohd Zainal.

Leave a Response