Suhakam Kecewa Dengan SPR

share on:

Suhakam Kecewa Dengan SPR

Oleh: Faris Mahfuz

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak meluluskan permohonan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) selaku pemantau pilihan raya yang bertauliah.

 

“Suhakam dilihat sebagai sebuah badan yang berintegriti dan mendapat kekuatannya daripada mandat yang diperuntukkan di dalam undang-undang bagi melindungi dan mempromosikan hak asasi manusia di Malaysia.”

 

“Dengan mengambil kita kepentingan awam, Suhakam akan meneruskan rancangan pemantauan pilihan raya.”

 

“Pilihan raya yang bebas dan adil atau tanpanya merupakan faktor integrasi hak asasi manusia, dan Suhakam menyeru SPR mengiktiraf dan memperakui prinsip asas hak asasi manusia yang berkaitan dengan pilihan raya berintegriti,” kata Suhakam.

 

Suhakam terkilan atas keputusan yang dibuat oleh SPR di mana tidak meluluskan permohonan Suhakam sebaliknya melantik pemantau pilihan raya antarabangsa.

 

Tambahan pula, SPR masih tidak menyatakan syarat-syarat bagi pemerhati ini dan masih belum lagi mengenal pasti mana-mana pihak pemantau, walaupun hari penamaan calon cuma tinggal dua hari lagi.

Leave a Response