Pemimpin Pemuda PKR Didapati Bersalah Oleh Mahkamah Seksyen

share on:

Pemimpin Pemuda PKR Didapati Bersalah Oleh Mahkamah Sesyen

Oleh: Faris Mahfuz

Ketua Pemuda PKR Ampang, Adam Rosly dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah memberi kenyataan dan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung harta yang dimiliki.

Peguam Datuk Sulaiman Ismail yang mewakili Adam memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya telah insaf dan mempunyai masalah kewangan akibat disita SPRM.

Manakala, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib, memohon hukuman berbentuk pengajaran dikenakan.

“Sebagai ahli politik, tertuduh sepatutnya menjadi contoh kepada anak muda lain untuk menjadi orang yang bertanggungjawab sebaliknya dia memberi dokumen palsu kepada SPRM bagi melepaskan diri,” kata beliau.

Mahkamah memerintahkan Adam membayar jaminan RM300,000 dengan seorang penjamin.

Leave a Response