Parlimen Kota Bharu Bakal Jadi Tumpuan

share on:

Parlimen Kota Bharu Bakal Jadi Tumpuan

Oleh: Faris Mahfuz

 

Pakatan Harapan (PH) telah mengumumkan Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Husam Musa sebagai calon PH di parlimen Kota Bharu dalam satu majlis khas semalam.

 

Sebelum itu, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah mengumumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan sebagai calon PAS di parlimen tersebut.

 

Hal ini bakal menyaksikan pertembungan sengit antara dua pemimpin tertinggi parti sekali gus kerusi tersebut paling menjadi tumpuan di mana berlakunya pertembungan tiga penjuru tatkala Barisan Nasional (BN) mencalonkan Fikhran Hamshi Mohd Fatmi sebagai calon di kerusi berkenaan.

Leave a Response