Hadi Berpelukan Dengan Pendakwah Kontroversi Dr Zakir Naik Di Masjid Putrajaya

share on:

Hadi Berpelukan Dengan Pendakwah Kontroversi Dr Zakir Naik Di Masjid Putrajaya

Putrajaya, 27 April – Presiden PAS Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang bertemu dengan tokoh agama yang tidak asing lagi dalam arena dakwah antarabangsa , Dr Zakir Naik seusai Solat Jumaat tadi di Masjid Putrajaya Wilayah Persekutuan.

Pertemuan tersebut telah menarik perhatian ribuan jamaah solat jamaah di situ.

Sebelum ini kehadiran Zakir Naik telah mendapat kecaman oleh sebahagian pemimpin pembangkang.

Kecaman itu termasuk oleh Timbalan Setiausaha Agung DAP, P Ramasamy menggelarnya sebagai ‘setan’.

Presiden Parti Islam SeMalaysia tersebut juga dilihat diserbu oleh para jamaah Jumaat sehingga terpaksa diadakan kawalan yang ketat oleh pihak keselamatan masjid Putrajaya.

Ianya merupakan solat jumaat yang pertama dihadiri oleh beliau di masjid tersebut selepas pembubaran parlimen oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini.

Leave a Response