Yang Kena Tumbuk Dan Yang Tumbuk Bersatu? Sungguh Atau Pura-Pura? Soal Hadi

share on:
Yang Kena Tumbuk Dan Yang Tumbuk Bersatu? Sungguh Atau Pura-Pura? Soal Hadi

Oleh: Sofia Alwani Ali

Ketika menyampaikan ucaptama di Majlis Pengisytiharan Calon Pas Kelantan bertempat di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi, Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang mengumpamakan kerjasama antara tokoh pembangkang seperti filem tamil.

Terdahulu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendakwa penggunaan lambang mata PKR yang digunakan secara bersama oleh Pakatan Harapan pada Pilihan Raya kali ini merupakan simbolik kepada insiden penganiayaan ke atas beliau semasa dipenjara suatu ketika dahulu.

“Tiba-tiba yang kena tumbuk dan yang tukang tumbuk bersatu, (jadi) kena tumbuk sungguh kah? Atau pura-pura sahaja?

“Macam filem tamil, kena sekali tumbukan, jatuh berguling-guling, yang tengok menangis sedih, padahal tidak ada apa-apa, satu lakonan sahaja,” kata Hadi Awang di dalam ucaptama tersebut.

Menurut beliau juga, Tun Dr Mahathir tidak sepatutnya diundi lagi sebagai wakil rakyat.

Seruan tersebut dimaksudkan agar Tun dapat menumpukan umurnya untuk menimba ilmu agama dan bertaubat daripada dosa-dosa beliau kepada rakyat dan negara.

Leave a Response