Tan Sri Khalid Sanggup Bekerja Untuk Menangkan Misi Islam PAS

share on:

Tan Sri Khalid Sanggup Bekerja Untuk Menangkan Misi Islam PAS

Oleh: Salman Amirruddin

Mantan Menteri Besar Negeri Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan bahawa beliau tetap bersedia bekerja memenangkan PAS.

Hal demikian ditegaskan beliau dalam program Ceramah Perdana Jelajah Presiden PAS & Munajat PRU 14 di Shah Alam.

Beliau menganggap ucapannya itu sebagai membuat laporan kepada Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang terhadap gerak kerja PRU yang telah dijalankan oleh jentera PAS.

“Sebabnya saya buat laporan ini ialah kerana saya bersedia untuk bekerja dengan PAS untuk menentukan kemenangan PAS.

“Saya terhutang budi dengan PAS,” ucap beliau.

Beliau juga menyebutkan hasil analisis terhadap sokongan pengundi Parlimen Shah Alam dalam ucapannya itu.

 

Tags:

Leave a Response