PUM : Tolak Calon Kelab Malam , Tak Datang Masjid dan Rasuah

share on:

PUM : Tolak Calon Kelab Malam , Tak Datang Masjid dan Rasuah

Oleh : Mohammad Mujahid

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menasihatkan kepada parti-parti politik yang bertanding dalam PRU-14 agar meletakkan calon-calon yang baik dan sesuai.

“Parti-parti politik dinasihat upaya tidak meletakkan calon yang rendah akhlak, calon yang suka duduk di kelab malam, terlibat dengan aktiviti tidak bermoral, terlibat dengan rasuah, tidak mendekati masjid, atau mereka yang hanya mementingkan hiburan semata-mata.

“Kita mahu pastikan Malaysia terus maju dengan rakyat dan pemimpin yang baik agar rahmat serta pengampunan Allah SWT sentiasa bersama kita,” lapor Harakah Daily.

Selain itu, PUM menyatakan rakyat berasa geli untuk memilih calon-calon yang sedemikian.

Pendekatan politik terkini rakyat memilih calon-calon yang serius hendak melaksana agenda penyelesaian Islam dalam pemerintahan negara.

Leave a Response