Lupus PTPTN, ganti dengan Sistem Harvard

share on:

Lupus PTPTN, ganti dengan Sistem Harvard

Oleh: Faris Mahfuz

Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin menyatakan bahawa negara tidak akan mengalami sebarang kerugian sekiranya hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilupuskan.

Menurutnya, PAS mencadangkan Perbadanan Tabung Wakaf Peringkat Kebangsaan sebagai solusi untuk menggantikan PTPTN.

Jelas beliau, Universiti Harvard yang merupakan antara universiti terbaik di dunia telah mengamalkan sistem wakaf dan kini harta wakaf yang dimiliki oleh universiti berkenaan telah mencapai USD 40 bilion.

“Ini dia menunjukkan banyaknya jumlah simpanan yang boleh diberikan kepada mahasiswa yang belajar di sana dalam bentuk perkhidmatan pendidikan berkebajikan,” ujar beliau.

Dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia pada tahun 2016 antara usul yang diberikan adalah agar sistem wakaf dijadikan teras kepada pembiayaan pendidikan tinggi negara dengan nama Perbadanan Tabung Waqaf Pendidikan Nasional (PTWPN) sebagai alternatif kepada PTPTN.

Sumber:
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/6363-lupus-hutang-ptptn-tidak-rugikan-negara

Leave a Response