Calon PAS Titiwangsa Mahu Zouk Tidak Berada Di Kawasan Majoriti Islam

share on:

Calon PAS Titiwangsa Mahu Zouk Tidak Berada Di Kawasan Majoriti Islam

Oleh : Basyirah Ghani

Calon PAS Parlimen Titiwangsa, Mohammad Noor Mohammad pada sidang media di Markas PAS Desa Pandan berkata beliau akan memindahkan pusat hiburan terkemuka di ibu kota, Zouk dari kawasan majoriti melayu.

Hal tersebut katanya adalah kerana seolah-olah tidak menghormati sensitiviti islam dan berkemungkinan besar anak muda turut terjebak dengan masalah gejala social.

“Zouk sangat tidak sesuai untuk beroperasi di jalan Tun Razak yang terletak di kawasan Parlimen Titiwangsa. yang mana majoriti berbangsa melayu, mengikut statistik menunjukkan bahawa kerusi Parlimen Titiwangsa mempunyai sebanyak 71% pengundi melayu.

“Lokasi pusat hiburan itu juga membawa masalah kesesakan lalu lintas yang agak teruk kepada penduduk setempat, terutamanya pada waktu malam, anggaran dari jam 10 malam ke atas. Dan hal ini agak menyusahkan penduduk yang ingin keluar masuk ke kawasan Desa Pandan.

“Lebih menyedihkan lagi lokasi itu juga turut dijadikan sebagai tempat hiburan oleh anak muda islam sehingga awal pagi,” tegasnya.

Tambahnya lagi kali ini beliau yakin bahawa PAS boleh menang di Titiwangsa, kerana beliau mendakwa bahawa Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sedang menghadapi masalah dari segi pemilihan calon dan perebutan kerusi.

Leave a Response