PAS SERU UMAT ISLAM SOLAT JENAZAH DAN GHAIB KE ATAS JENAZAH DR FADI
Oleh: Mohamad Farouk
Kuala Lumpur, 25 April -Presiden PAS Dato Seri Abdul Hadi Awang di dalam kenyataan beliau menyeru agar umat Islam menunaikan Solat Jenzah Ghaib ke atas jenazah almarhum Dr. Fadi M. Albatsh di semua surau dan masjid.
Almarhum Dr. Fadi M. Albatsh merupakan imam Palestin dan pensyarah Universiti Kuala Lumpur yang ditembak mati pada sabtu lepas. Jenazahnya akan di solatkan di Surau Medan Idaman sebelum dibawa pulang ke Palestin pada hari ini.
Tuan Guru Presiden mendoakan agar kesejahteraan roh almarhum di alam sana dan ditempatkan bersama para anbia, syuhada dan golongan soleh.