Faekah Dedah Bagaimana Tan Sri Khalid Disingkirkan PKR

share on:

Faekah Dedah Bagaimana Tan Sri Khalid Disingkirkan PKR

Oleh: Muhd Salman

Mantan Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Puan Faekah Husin membuat pendedahan bagaimana Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta pakatan menggugurkan Mantan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim atas sebab kemelut beberapa isu pentadbiran dan dalaman parti berkenaan.

Beliau mendedahkan bahawa PKR mendapat nasihat dari seorang peguam yang sinonim dengan DAP (yang tidak disebutkan namanya) bagaimana cara untuk menggugurkan Tan Sri Khalid Ibrahim dari kerusi Menteri Besar ialah dengan memecat beliau senagai ahli PKR.

Maka, Tan Sri Khalid Ibrahim telah dibawa ke jawatankuasa disiplin PKR sehingga menyaksikan pengakhiran yang mengejutkan iaitu beliau dipecat tanpa hadir membela diri setelah permohonan penangguhan dibuat kerana ketika perjumpaan tersebut beliau ada program rasmi bersama DYMM Tuanku Sultan Selangor.

“Terus sahaja pada tarikh tersebut, jawatankuasa disiplin memecat Tan Sri Khalid Ibrahim tanpa menghadirkan diri membela diri,” kata Faekah.

Antara faktor Tan Sri Khalid Ibrahim kurang disegani ialah kerana beliau cemburu terhadap harta rakyat dengan maksud menjaganya dari penyelewengan.

Perkara yang diperjuangkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim ialah pelaksanaan penstrukturan air Selangor segera dimuktamadkan dengan memberi hak rakyat dalam pemilikan saham air Selangor.

Tan Sri Khalid Ibrahim cermat dengan tawaran harga kepada syarikat air SPLASH hampir RM 2000 juta yang merupakan duit rakyat dalam usaha penstrukturan semula air selangor ini.

Perkara ini menjadi punca pengguguran beliau dari jawatan Menteri Besar.

“Itu(tawaran harga) sebenarnya punca kenapa ‘bye bye’ (pengguguran) Menteri Besar Selangor.

“Hari ini kita dengar kerajaan Selangor yang ada sekarang bersedia menawarkan 2.7 billion kepada Syarikat SPLASH,” terangnya.

Leave a Response