Datuk Seri Ti Lian : DAP Bakal Terima Padah Akibat Tsunami Melayu, PAS Semakin Kuat

share on:

Datuk Seri Ti Lian : DAP Bakal Terima Padah Akibat Tsunami Melayu, PAS Semakin Kuat

Oleh: Faris Mahfuz

Ketua Biro Keharmonian Kaum dan Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker menyatakan bahawa tsunami Melayu pada PRU 14 hanya memberi keuntungan kepada PAS.

Walaupun orang Melayu bosan dengan UMNO dan beberapa tokoh politik, beliau menegaskan bahawa pengundi Melayu tidak akan pilih DAP. DAP merupakan pilihan terakhir.

PAS menyedari hakikat ini di mana pengundi Melayu mahukan perubahan. Oleh sebab itu, PAS menyusun strategi bertanding di 160 kerusi parlimen,” kata beliau.

Beliau menegaskan bahawa komuniti Cina yang mewakili kerajaan sekarang hanya sebanyak 6%. Jika DAP meneruskan misi untuk hapuskan MCA dan Gerakan, maka peratus komuniti Cina yang bersama mereka akan menurun sehingga 1% atau lebih teruk, 0%

Leave a Response