Nozula Luah Rasa Kecewa Nama Digugurkan Setelah 28 Tahun Berkhidmat

share on:

Nozula Luah Rasa Kecewa Nama Digugurkan Setelah 28 Tahun Berkhidmat

Oleh: Faris Mahfuz

Bekas anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah meluahkan rasa terkilan kerana tidak dimaklumkan lebih awal oleh pimpinan parti bahawa namanya digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) Kelantan pada PRU 14.

Beliau menegaskan bahawa pemakluman lewat sebegitu tidak sepatutnya berlaku sedangkan beliau sentiasa bertemu Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

“Ku Li sepatutnya memberitahu perkara itu lebih awal kepada saya supaya dapat diperjelaskan pula kepada penyokong yang sudah bersedia mengerakkan jentera menghadapi PRU14.

“Tetapi saya tetap turun bekerja ke sana ke mari untuk, kalau tahu lebih awal saya mungkin ambil pendekatan lain dan saya tetap menjaga rakyat,” kata beliau.

Beliau telah berkhidmat selama 28 tahun bersama BN di Kelantan dan berjaya menewaskan calon PKR, Amran Abd Ghani dengan majoriti 3,937 undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) lalu.

Leave a Response