16 Ahli Umno Saman Parti, Umno Mungkin Dibubarkan?

share on:

16 Ahli Umno Saman Parti, Umno Mungkin Dibubarkan?

Oleh: Faris Mahfuz

Ketua UMNO Cawangan Seri Merpati Pandan Indah, Salihudin Ahmad Khalid mendakwa UMNO melanggar perlembagaan sendiri kerana tidak mengadakan pemilihan parti di peringkat bahagian serta pucuk pimpinan pusat.

Beliau memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang telah memberi lanjutan tempoh kepada UMNO sehingga 19 April tahun depan untuk mengadakan pemilihan parti di semua peringkat.

Keadaan menjadi lebih parah apabila Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, semua mereka dipecat serta merta selaras dengan Fasal 20.7

Perlembagaan UMNO yang menyatakan mana-mana ahli yang memfailkan permohonan atau tindakan ke mahkamah akan secara automatik hilang keahlian.

Susulan pemecatan itu, semua 16 anggota UMNO berkenaan akan memfailkan prosiding menghina dan mencabar pemecatan mereka di mahkamah.

Mereka memohon perintah mahkamah terhadap keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) membenarkan UMNO menangguh pemilihan parti itu sehingga Oktober 2019, sebagai tidak sah.

Leave a Response