MTEM Tuntut 50% Real Wealth Sharing

share on:

MTEM Tuntut 50% Real Wealth Sharing

Oleh: Adila Ramzi

Konvensyen Kesatuan Ummah baru-baru ini telah mengumpulkan NGO bagi membincangkan solusi masalah negara.

Pelbagai topik dibincangkan termasuk isu undang-undang syariah, pendidikan, dakwah dan permasalahan ekonomi negara.

CEO Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Berhad (MTEM), Hj Ahmad Yazid bin Othman dalam konvensyen itu berkata kekuatan sesebuah negara bergantung kepada kuasa ekonomi negara tersebut.

Beliau menggariskan cabaran Bumiputera dalam 6 isu besar negara antaranya berkaitan jurang pendapatan dan kekayaan, monopoli, diskriminasi pekerjaan, kurangnya rumah mampu milik, lambakan pekerja asing seterusnya berkaitan gejala Ali Baba.

Berikutan permasalahan ekonomi yang melanda negara, MTEM telah mencadangkan 11 Tuntutan Pemerkasaan Ekonomi Untuk Ummah.

“Tuan-tuan kita kena kembalikan dasar ekonomi yang kedua.

“Kalau dulu kita cakap 30% cukup. Kali ini kita minta 50% dari nilai tambah untuk mencapai Real Wealth Sharing.

“Kita tidak perlu agensi-agensi yang kecil untuk menguasai ekonomi Melayu Islam Bumiputera. Jadi kita minta kerajaan mewujudkan kementerian yang khusus untuk menjaga ekonomi Bumiputera.

“Kalau kita membiarkan nelayan dan petani mengemis sedangkan kita makan hasil tangan mereka, di manakah maruah kita sebagai bangsa yang bertamadun?

“Jadi, kita cadangkan kepada kerajaan, jamin pendapatan mereka semacam gaji minimum RM 1000. Pandai pandailah.

“Kita harap gaji minimum dinaikkan kepada RM 1800 dalam masa 5 bulan.

“Gaji kita tak naik sama macam kos sara hidup. Ini Realiti. Ini data. Ini fakta. Tanyalah pakar,” kata beliau.

Mengulas lanjut tuntutan kelapan berkaitan rumah mampu milik, beliau menegaskan mana-mana pihak yang ingin menjadi kerajaan perlu menjadikan isu ini sebagai fokus utama.

“Hakikatnya banyak lagi isu-isu ekonomi yang perlu diperhalusi dan dicadangkan kepada kerajaan”, tambah beliau mengakhiri ucapannya.

Leave a Response