IDEAS: 85% Melayu Johor Tidak Menyenangi DAP

share on:

IDEAS: 85% Melayu Johor Tidak Menyenangi DAP

Oleh: Adila Ramzi

Ketua Eksekutif IDEAS merangkap Felo Pelawat Kanan IDEAS – Yusof Ishak Institute, Singapore, Wan Saiful Wan Jan menyatakan masyarakat Melayu Johor bukan sahaja sangat tidak menyenangi DAP, malah PAN dan juga PPBM.

Kenyataan tersebut adalah dari hasil kajian terbaru beliau bertajuk “Parti Pribumi Bersatu Malaysia In Johor: New Party, Big Responsibility”.

Dapatan kajian yang mengejutkan tertanya memberi tamparan hebat kepada Pakatan Harapan.

Beliau mendapati 85% daripada masyarakat Melayu Johor tidak menyenangi DAP manakala 69% daripada masyarakat Melayu Johor tidak menyenangi PAN.

Selain itu, 60% daripada masyarakat Melayu Johor tidak menyenangi PPBM.

Data itu memberikan isyarat bahawa kehadiran Pakatan Harapan langsung tidak dialu-alukan terutama di kawasan yang majoritinya penduduk Melayu.

Terdahulu, bandar Johor Bahru kecoh apabila sekumpulan penduduk Kampung Bakar Batu, Johor Bahru menghalang dan menghalau pemimpin Pakatan Harapan yang mengadakan ceramah secara haram di kampung mereka.

Kesimpulan hasil kajian tersebut mengukuhkan lagi bahawa PH tidak disenangi rakyat Johor sedangkan para pemimpin PPBM berpendapat bahawa kelangsungan jangka panjang PPBM bergantung kepada kemampuan mereka memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi negeri, khususnya Johor.

Perkara itu semestinya menyukarkan PH bagi menghadapi PRU kali ini apabila rakyat secara terang-terangan tidak menerima mereka.

Leave a Response