Hadi: ” Orang Main Gusti Pun Peluk Juga, Tapi … “

share on:

Hadi: ” Orang Main Gusti Pun Peluk Juga, Tapi … “

Oleh : Mohd Fadzil

Tohmahan masyarakat terhadap PAS kononya parti itu akan bergabung dengan UMNO mendapat penafian Presiden PAS.

“Bila kita mengambil pendekatan ‘Taawun’, kita bekerjasama dalam perkara yang baik. Dalam perkara yang tak baik, kita tak bekerjasama”.

“Dalam masalah GST, masalah membenarkan undang-undang yang tak betul, kita tak sokong”.

“Kerjasama dalam isu Palestin, tolong Rohingya, kita kerjasama. Bila diajak berbincang kita pergi”.

“Kalau tak bertemu, macam mana kita nak selesaikan masalah,” tegasnya.

Abdul Hadi berkata demikian semasa berucap di Majlis Pengisytiharan Calon PAS Sarawak.

Meneruskan ucapan, Hadi mengulas berkenaan beliau dan Najib memakai baju sedondon dan berpeluk ketika Multaqa Alumni Al Azhar Disember 2015, dua tahun yang lalu.

“Bila saya pakai baju sedondon, kemudian berucap, peluklah. Peluk ni bukan mesti peluk berkawan”.

“Orang main gusti pun peluk juga, tapi lepas peluk tu, tumbuk pula. Itu dia,” ujar beliau.

Sarawak menyaksikan PAS meletakkan 5 calon Parlimen yang akan bertanding di Negeri Sarawak dalam PRU 14 kali ini.

Leave a Response