Hadi: Jika Semua Parti Terima Syarat Islam, Boleh Tubuh Kerajaan Perpaduan

share on:

Hadi: Jika Semua Parti Terima Syarat Islam, Boleh Tubuh Kerajaan Perpaduan
Oleh : Mohd Fadzil

RTM TV1 menyiarkan kononnya ‘PAS sedia bergabung dengan BN untuk bentuk kerajaan persekutuan’
Presiden PAS, Hadi Awang menafikan tohmahan tersebut dan menyifatkannya sebagai doktrin dan salah tafsir daripada maksud sebenar parti itu.

Sebelum ini, beliau menjawab persoalan yang timbul iaitu dengan siapa PAS akan bergabung jika kita menjadi King Maker.

“Kalau mereka berdua (BN dan PH) tak setuju dengan syarat kita. Mereka nak bentuk kerajaan bersama-sama. Tak apa.

“Kita boleh jadi pembangkang. Kita teruskan jadi pembangkang seperti sekarang,” Ujar beliau.

Terbaru, menjawab soalan wartawan di Sarawak jika semua parti (BN & PH) menerima syarat PAS, PAS nak pilih siapa?

“Jika semua terima syarat PAS, kita boleh tubuh Kerajaan Perpaduan tanpa pembangkang.” tambahnya seusai Majlis Pengisytiharan Calon PAS Sarawak di pejabat Badan Perhubungan PAS Sarawak semalam.

Hadi menegaskan prinsip partinya hanya akan bergabung dengan siapa yang menerima Islam dan meletakkan syarat Islam dalam pemerintahan.

Leave a Response