Aziz Bari Calon DAP: 53 NGO Islam Bantah

share on:

Aziz Bari Calon DAP: 53 NGO Islam Bantah

Oleh: Nabihah Azman

 

Pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari dicalonkan sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebing Tinggi.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini.

Keputusan DAP meletakkan calon Melayu untuk bertanding di kawasan itu menjadi tanda tanya.

Aziz Bari menafikan beliau dicalonkan untuk menarik undi melayu dan menegaskan bahawa beliau bukan menjadi alat parti berkenaan tetapi diminta bertanding mempertahankan kerusi DAP di DUN Tebing Tinggi yang mempunyai majoriti Melayu sebanyak 57 peratus.

Sementara itu, terbaru 53 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam di Perak sebulat suara menolak pencalonan Abdul Aziz itu. Menurut Ahli Majlis Tertinggi Jaringan Bersatu Sahabat Perak (JABAT), Mohd Ishraqi Sulaiman, pihaknya hairan bagaimana DAP boleh mencalonkan orang yang sudah ‘dibuang’ di Selangor untuk bertanding di Perak.

“Dia (Aziz Bari) dikenali sebagai orang yang tidak menghormati Perlembagaan dan institusi raja Melayu, malah pernah mengguris hati Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Aziz yang menyertai DAP pada tahun 2015 pernah mencuba nasib pada PRU13 dengan bertanding di kerusi Parlimen Sabak Bernam atas tiket PKR namun tewas kepada BN.

Leave a Response