Pendakwah Terkenal Rayu Pilih Pemimpin Berprinsip Islam

share on:

Pendakwah Terkenal Rayu Pilih Pemimpin Berprinsip Islam

Oleh : Kamaruddin Ahmad

Pendakwah bebas, Esa Deraman memberikan pandua bagaimana cara memilih pemimpin dalam Islam.

Menurut beliau, pemimpin yang dipilih perlu jelas sebagaimana Allah menyebut tentang penyesalan manusia yang tidak jelas dengan prinsip.

Katanya, jika hendak memilih pemimpin sekadar mahu ke Putrajaya sehingga mengabaikan Sunnah Nabi S.A.W. dan tidak kenal Rasulullah maka jangan ikut mereka ke lubang neraka sama ada cepat ataupun lambat

“Pemimpin wujud kerana kita yang pilih, tuan-tuan pemimpin ini ada dua kata ulamak, yang pertama pemimpin yang diangkat manusia maka apabila dia diangkat maka dia akan zalim dan takabbur sebab ramai yang sokong dia, dengan pemimpin yang diangkat oleh Allah beza, bila Allah angkat dia maka dia bawa manusia kepada Allah bila manusia yang angkat maka dia bawa manusia apa yang manusia hendak.

“Jikalau tuan – tuan lihat yang ni pemimpin ini tidak kenal nabi, bagaimana Sunnah nabi, sebaiknya jangan jadikan mereka sebagai ikutan dan jangan ta’assub kerana mereka hanya sandarkan kepada diri mereka .

Akhirnya pesan beliau supaya masyarakat mengikut pemimpin yang bersandarkan kepada Al-Quran dan Hadith.

Ulasnya, mereka bersandarkan perkara yang kuat dan tidak bersandarkan dengan akal; yang membawa kesesatan.

Tags:

Leave a Response