Pengerusi BN Negeri Akan Umum Calon, Bukan Najib

share on:

Pengerusi BN Negeri Akan Umum Calon, Bukan Najib

Oleh: Salman Amirruddin

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam lawatan beliau ke Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi Parit 4 Parlimen Bagan Datuk  menyatakan bahawa Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak telah memberi kepercayaan kepada Pengerusi BN negeri untuk membuat pengunguman calon.

Beliau menzahirkan sokongan atas keputusan Datuk Seri Najib tersebut dalam sidang media semasa lawatan tersebut.

“Saya yakin dengan keputusan Perdana Menteri selaku Pengerusi BN untuk memberi kuasa kepada semua Menteri Besar dan Ketua Menteri yang menjadi Pengerusi BN negeri mengumumkan calon Parlimen dan DUN bagi negeri yang berkenaan.

“Bagi Perak sendiri, kita serahkan kepada Menteri Besar mengumumkannya.

“Kami (pimpinan pusat) sudah menyerahkan tarikh sesuai kepada beliau, jadi kita serahkan kepada beliau,” katanya dalam sidang media di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parit 4.

Terdahulu, Pengerusi BN dilaporkan membuat kenyataan bulan Mac lalu bahawa BN akan membuat kelainan memecahkan tradisi dengan membuat pengumuman calon lebih awal dari biasa.

Manakala mengikut kenyataan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bulan Mac lalu pula bahawa BN sudah selesai menetapkan senarai akhir calon yang akan bertanding serta akan diumum sendiri oleh Perdana Menteri bila-bila masa sahaja.

Tetapi keputusan itu sedikit berubah apabila Timbalan Pengerusi BN memaklumkan perubahan yang dibuat kepimpinan tertinggi BN itu.

Tags:

Leave a Response