MIC Dakwa Masih Disokong Kaum India

share on:

MIC Dakwa Masih Disokong Kaum India

Oleh: Faris Mahfuz

Presiden Malaysian Indian Congress (MIC), Datuk Seri Dr S. Subramaniam menyatakan bahawa kajian yang dibuat oleh Jalinan Rakyat terhadap lebih 800,000 pengundi India telah membuktikan sokongan komuniti India terhadap MIC telah mencecah 65%.

“Pada PRU 13, peratusan komuniti India terhadap MIC hanya sekitar 48 – 55%. Untuk PRU 14, tahap peratusan tersebut lebih tinggi berbanding 5 tahun lalu.”

“Walaupun peratusan tersebut berbeza berdasarkan kawasan. Ada kawasan hanya mendapat peratusan 50% dan ada pula kawasan lain yang mendapat peratusan tinggi iaitu 80%. Secara purata, kami yakin mendapat sebanyak 65% sokongan dengan makna 1.1 juta pengundi.”

Beliau berkata demikian kepada wartawan dalam sidang media pada 18 April 2018 di Kuala Lumpur.

“Komuniti India telah melihat akan kemampuan MIC untuk menaik taraf status sosioekonomi komuniti India khususnya kumpulan berpendapatan rendah (B40).” tegas beliau.

Terbaru, beliau telah melancarkan manifesto MIC yang mana merangkumi 4 janji utama dan 22 jaminan ke arah menaikkan status sosioekonomi komuniti India.

Tags:

Leave a Response