Duit PAS Ada Dalam Poket Ahli, Bukan Poket UMNO

share on:

Duit PAS Ada Dalam Poket Ahli, Bukan Poket UMNO

Oleh: Muhamad Azri

Tular belakangan ini pertikaian dari Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar yang sangsi tentang status kewangan PAS dalam menampung perbelanjaan 160 orang calon pada pilihan raya umum.

Mahfuz mendakwa deposit calon dan bahan kempen sahaja sudah melangkaui RM2.4 juta, serta mengambil kira untuk deposit satu kerusi parlimen bernilai sebanyak RM15,000.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan menyelar kenyataan Mahfuz dengan mengatakan sumbangan yang di terima oleh PAS sifar dari jenayah rasuah dan sogokan luar yang meragukan khususnya UMNO.

Tambah beliau lagi sumbangan yang di terima adalah kebanyakan dari ahli dan penyokong PAS sendiri yang menderma secara rela hati.

PAS juga menerima wang hasil dari yuran tahunan ahli PAS tanpa menolak sumbangan dari mana-mana sumber yang bersih dan halal.

“Duit PAS adalah di dalam poket ahli-ahli kami. PAS ada 1 juta ahli dan jika seorang ahli sumbang RM35, kita dah ada RM35 juta.

“Apabila ada orang tuduh kita terima duit dari sana sini dan kalau ada bukti duit ini berunsur rasuah, tolong lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,” katanya.

Leave a Response