Ahli Perniagaan Wanita Antara Calon PAS Melaka

share on:

Ahli Perniagaan Wanita Antara Calon PAS Melaka

Oleh : Nadzirah Razaq

Pesuruhjaya PASMelaka, Kamaruddin Sidek telah mengumumkan senarai calon PAS untuk PRU14 di Dewan Mualim Bukit Katil Melaka.

 

PAS Melaka menampilkan seramai 29 calon kesemuanya; 5 calon bagi parlimen dan 24 calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN).

 

Menariknya, seorang calon wanita tersenarai bertanding mewakili DUN Rim untuk PRU 14 pada kali ini iaitu Kintan binti Man.

 

Beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan aktivis PAS, bertanding mewakili Dewan Muslimat PAS negeri Melaka.

 

Keseluruhannya, PAS Melaka telah meletakkan calon-calon daripada golongan agamawan dan profesional, ahli perniagaan serta aktivis PAS.

 

Tags:

Leave a Response