Zuhdi Dedah Jentera Kajian PAS Dibantu Ribuan Profesional

share on:

Zuhdi Dedah Jentera Kajian PAS Dibantu Ribuan Profesional

Oleh: Faris Mahfuz

Pusat Penyelidikan PAS (PAS) menyatakan bahawa jentera PAS cukup kuat untuk tujuan kajian dan analisis sama ada sebagai penyelidik, enumerator mahupun penganalisis.

Pengarah PPP, Dr Zuhdi Marzuki berkata demikian ekoran PAS mempunyai ribuan tenaga professional dalam bidang mereka dan ribuan anak muda yang sudi membantu.

Tambahnya, PAS mempunyai badan penyelidikan khusus di hampir setiap negeri yang dibarisi oleh golongan professional, dan mereka membuat kajian dan analisis sehingga ke peringkat akar umbi yang dikenali sebagai Unit Peti Undi (UPU).

Jaringan penyelidikan PAS tersebut melakukan pelbagai bentuk kajian dan analisis sama ada ‘survey’, wawancara, pemerhatian dan cula (banci).

Tambahnya, kebanyakan badan-badan kajian lain bergantung kepada ‘survey’ untuk memperolehi hasil dapatan masing-masing tentang kedudukan politik Malaysia.

Jika di kawasan luar bandar, PAS menggunakan kaedah khusus (census), iaitu membanci setiap nama yang ada dalam senarai pengundi berdasarkan lokaliti pengundian masing-masing. Hasil survey dan cula itu kemudian dianalisis oleh pasukan simulasi pilihan raya PAS yang terdiri dari puluhan professional dalam pelbagai kepakaran.

Memetik laporan sama, Dr. Zuhdi memaklumkan pasukan simulasi telah membina enjin digital untuk menganalisis potensi GAGASAN, PH dan BN di setiap 222 kerusi parlimen dan 576 kerusi DUN seluruh negara.

Leave a Response