PH Hadapi Kesukaran Tarik Undi Melayu?

share on:

PH Hadapi Kesukaran Tarik Undi Melayu?

Oleh: Muhamad Azri

Dapatan kajian dari Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mendedahkan bahawa PH hanya mampu memenangi 36 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia daripada 165 kerusi.

24 daripadanya di anggap cerah dan baki 12 kerusi lagi kelihatan kelabu untuk PH menaruh harapan, iaitu jika sekiranya tidak berlaku perpecahan pengundi Melayu, maka jika berlaku perpecahan PAS atau UMNO boleh menang.

Selebihnya 117 kerusi lagi hanya akan di menangi samada oleh PAS/GAGASAN atau UMNO/BN.

Kajian oleh pengarah PPP, Dr Mohd Zuhdi Marzuki tersebut menyatakan PH berusaha untuk mencuri beberapa kerusi daripada 117 kerusi tersebut, dengan harapan meraih 10 peratus pengundi Melayu yang hakikatnya PAS lah yang berpotensi mengalahkan UMNO.

Namun keinginan dan harapan PH di lihat sukar kerana mempunyai sokongan akar umbi yang sangat rendah daripada pengundi Melayu sekitar 7 peratus sahaja.

Kadar 10 peratus ini diunjurkan dengan mengambil kira PH akan boleh memperolehi sehingga 80 peratus sokongan pengundi daripada Cina dan India.

Tags:

Leave a Response