PH Goyah Pembahagian Kerusi Masih Belum Selesai

share on:

PH Goyah Pembahagian Kerusi Masih Belum Selesai

Oleh: Sofia Alwani Ali

Walaupun Pilihan Raya Umum semakin hampir, Pakatan Harapan masih belum mengumumkan senarai lengkap calon mereka yang bakal bertanding pada pilihan raya kali ini.

PH hanya mengumumkan beberapa calon mereka seluruh Malaysia setakat ini.

Terdahulu, Azmin Ali ketika ditemui wartawan sejurus pembubaran DUN Selangor melaporkan bahawa PH masih dalam proses menyaring calon-calon mereka.

“Disebabkan kami akan bertanding menggunakan satu logo iaitu logo PKR, mungkin ia mampu mempercepatkan proses saringan, yang pasti sebelum penamaan calon,” katanya kepada pemberita, 9 April lalu.

Pengerusi PH Datin Seri Wan Azizah berkata, mereka masih meneliti ciri-ciri calon yang bakal mewakili PH dalam PRU kali ini.

Menurut beliau, senarai penuh akan diumumkan pada 25 April, iaitu hanya 3 hari sebelum tarikh penamaan calon yang ditetapkan SPR.

“Saya masih meneliti ciri-ciri dan teknikaliti calon yang akan bertanding pada PRU14.

“Saya seorang yang sign (tandatangan) untuk semua calon-calon, jadi mereka harus hadir untuk mendengar taklimat pada 25 April nanti.”

Sementara itu di Perlis, parti-parti komponen PH telah pun mengumumkan calon masing-masing, kecuali PKR.

PAN, PPBM dan DAP masing-masing bakal menghantar seramai 4, 5 dan 1 calon bagi bertanding di DUN Perlis.

Di peringkat negeri Kelantan, PH mengemukakan seramai 4 calon bagi jawatan Menteri Besar.

Menghampiri hari penamaan calon, PH masih belum mencapai kata sepakat dalam pembahagian kerusi sesama mereka.

Tags:

Leave a Response