Pendakwah Terkenal Rayu Pilih Calon Paling Untungkan Islam

share on:

Pendakwah Terkenal Rayu Pilih Calon Paling Untungkan Islam

Oleh: Nabihah Azman

 

Calon yang paling cenderung dan paling bermanfaat hendaklah dipilih; selari dengan ayat al-Quran.

Demikian menurut selebriti TV, Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang baru-baru ini semasa memberikan tips memilih pemimpin bagi PRU 14 akan datang.

“Tips untuk umat Islam pilih antara pemimpin yang mana patut dipilih berdasarkan ayat Quran ialah pilih yang paling cenderung dan paling bermanfaat untuk Islam.

“Sekiranya tiada, maka pilihlah yang paling kurang mudarat kepada Islam,” katanya.

Beliau juga berpesan supaya menjaga akhlak dan adab dalam mempromosikan calon masing-masing kerana semua amalan akan dicatat oleh malaikat.

“Jagalah akhlak. Ingat bahawa setiap ucapan dan tindakan ada kira bicara, dosa dan pahala di sisi Allah.

“Inilah politik yang diajar oleh Islam yang akan membawa kita ke syurga atau neraka,” tegasnya.

Tags:

Leave a Response