Najib dan Mahathir Terus Ungkit Isu BR1M

share on:

Najib dan Mahathir Terus Ungkit Isu BR1M

Oleh: Salman

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hadir memberi amanat kepada penyokong tegar BN Parlimen Kuala Kangsar, Padang Rengas, Sungai Siput dan Lenggong baru-baru ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Besar Perak dan kepimpinan BN negeri.

Beliau menyebut dalam amanat tersebut bahawa Bantuan Rakyat Satu Malaysia(BR1M) dinaikkan adalah kerana untuk memulangkan keuntungan yang diperolehi negara kepada rakyat.

Selain itu, kelebihan skim bantuan itu ialah terus sampai ke dapur rakyat berbanding bantuan dari kepimpinan negara sebelum beliau.

“Apa cara terbaik untuk pulangkan pada rakyat adalah melalui BR1M kerana BR1M terus masuk (sampai ke rakyat), zaman dulu kita projek sampai mana?

“Jalan kampung pun depan rumah kita zaman pemimpin 93 tahun setakat itu sahaja, zaman saya masuk sampai ke dapur sebab apabila kita bagi BR1M sampai ke dapur,” ujar beliau.

Demikian sindiran beliau membandingkan skim bantuan projek yang diusahakan mantan Perdana Menteri lalu berbading zaman beliau.

Leave a Response