Luahan Zaid: Nasib Beliau Seperti Tan Seng Giaw

share on:

Luahan Zaid: Nasib Beliau Seperti Tan Seng Giaw

Oleh: Sofia Alwani Ali

 

Pengumuman demi pengumuman calon DAP yang dibuat oleh Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng dilihat mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan mereka.

 

Datuk Zaid Ibrahim menerusi laman Facebook dan Twitter beliau turut melahirkan kekecewaan kerana masih tidak tercalon dalam Pilihan Raya Umum kali ke-14 ini.

 

“Parti Cina dalam Pakatan Harapan umumkan mereka sudah ada dua bakal menteri. Mungkin akan ada lagi.”

 

Beberapa hari sebelum kenyataan tersebut dibuat, Zaid berkata nasibnya adalah seperti Seng Giaw.

 

“Seng Giaw dibuang selepas 30 tahun, saya pula dibuang hanya selepas 12 bulan. (Hal ini) pasti lebih melukakan dia.”

 

Terdahulu, Lim membuat pengisytiharan senarai nama menteri pusat daripada DAP sekiranya PH menang PRU kali ini.

 

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong merupakan dua calon menteri yang dimaksudkan Zaid dalam tweet beliau.

Tags:

Leave a Response