BPMS PAS Mampu Selamatkan Politik Malaysia
Oleh: Nadzirah Razaq
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki yakin akan peranan PAS sebagai pencatur utama politik Malaysia.
Terdahulu, PAS didesak untuk menyertai kerajaan perpaduan bersama BN atas nama Konsensus Nasional , namun Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berpendirian untuk kekal sebagai pembangkang.
“Kita lebih cenderung untuk kekal sebagai pembangkang seperti yang telah dimandatkan oleh rakyat,” ujarnya.
Begitu juga ketika menghadapi desakan bersetuju dengan kemelut undi tidak percaya yang digerakkan oleh penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.
Presiden PAS sekali lagi berpendirian mengutamakan kebajikan rakyat berbanding kerakusan ahli politik.
“Kita menolak usul Mahathir untuk melakukan undi tidak percaya.
“Negara kita sedang menghadapi krisis ekonomi yang sepatutnya lebih diutamakan,”tegas beliau.