Azmin Dijangka Tergugat Sekiranya Pertahan Kerusi

share on:

Azmin Dijangka Tergugat Sekiranya Pertahan Kerusi

Oleh: Salman Amirruddin

Kerusi Parlimen Gombak bakal menjadi tumpuan dan kerusi panas apabila PAS mengumumkan calonnya iaitu Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Haji Khairil Nizam Bin Khirudin untuk bertanding di kerusi yang kini disandang oleh Azmin Ali.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Sallehin Mukhyi dalam majlis pengisytiharan calon yang dianjurkan di Shah Alam semalam.

Selain itu, calon PAS di DUN Bukit Antarabangsa pula ialah Syarifah Hazlizah Bt Syed Ariffin juga bakal bertanding di kerusi yang kini disandang Azmin Ali.

Persaingan sengit bakal terjadi jika Azmin Ali mempertahankan kedua-dua kerusi tersebut memandangkan calon yang diletak oleh PAS juga bukan calang-calang orang.

Namun PKR belum mengumumkan calon mereka di kedua-dua kerusi tersebut.

Azmin Ali menang dengan majoriti 4,044 undi mengalahkan pesaingnya dari BN di DUN Bukit Antarabangsa dan 4,734 undi majoriti diperolehi beliau di Parlimen Gombak semasa PRU 13 lalu.

Calon yang dikemukakan PAS masing-masing merupakan tokoh anak muda dan wanita yang tidak asing lagi di persada politik setempat.

Calon muda yang merupakan tokoh professional itu dijangka mampu menambat hati pengundi untuk memenangkan PAS di kerusi tersebut.

Tags:

Leave a Response