PAS Bakal Jadi Saingan Utama BN

share on:

PAS Bakal Jadi Saingan Utama BN

Oleh : Basyirah Mohd Ghani

Budaya Politik Matang Sejahtera BPMS bertujuan untuk memecahkan blok yang selama ini menghalang hubungan antara PAS dan orang melayu.

Demikian ujar Pengarah Institusi Strategi PAS, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali dalam slot temu bual bersama Sinar Harian.

“Kunci kepada kemenangan PAS adalah pengundi melayu.

“Bahkan itulah kerusi yang paling banyak, katanya.

Tambahnya, BPMS merupakan kunci pintu dakwah PAS dengan orang melayu islam yang berjaya dipecahkan setelah lebih dua tahun.

Menerusi temubual sama, beliau turut menjelaskan bahawa terhadap beberapa gagasan yang dibawa oleh PAS, antaranya wawasan induk sejahtera dan juga mengemukakan dokumen hijau.

Menjelang PRU 14, beliau menyatakan PAS difitnah dari pelbagai penjuru.

“Modal utama Pakatan Harapan adalah menanamkan kesangsian terhadap PAS melalui pelbagai fitnah yang dilontarkan, terutamanya berkaitan kononnya PAS mengadakan UG dengan Barisan Nasional.

“PAS menegaskan tidak ada sebarang kerjasama politik dengan UMNO. Tetapi kita akan bertanding pada PRU14 berhadapan dengan UMNO.

“Dan PAS akan menjadi serangan besar kepada Barisan Nasional dan bukan Pakatan Harapan di kerusi-kerusi melayu.

“PAS mengambil sikap tidak menghiraukan segala fitnah yang dilemparkan, kerana kita bukan politik emosi, politik persepsi ataupun politik pertembungan, tetap kita merupakan politik sejahtera, politik harmoni.

“Oleh sebab itu PAS menjadikan BPMS sebagai gagasan PAS, dan PAS juga ingin mengajak parti-parti lain agar turut serta mengamalkan BPMS,” jelasnya.

Tags:

Leave a Response