Netizen Persoal Kenapa Orang Islam Kat Luar?

share on:

Netizen Persoal Kenapa Orang Islam Kat Luar?
Oleh : Mohammad Mujahid

Penyelaras Harapan Parlimen Kuantan, Yang Berhormat Fuziah Salleh memaklumkan melalui Facebooknya bahawa hidangan arak dalam majlis kutipan dana PRU Pakatan Harapan baru-baru ini menyediakan dua tempat; di luar untuk orang melayu dan dalam dewan tertutup untuk non muslim.

Namun majlis tersebut mendapat kecaman berikutan terdapat bukti jelas gambar hidangan arak yang tular di media menyentuh sensitiviti umat Islam.

“Kawasan non halal diletak di dalam dewan memandangkan tuan punya restaurant yang akan sediakan makanan non halal. Memudahkan acara dan penyediaan makanan!, dakwa beliau.

YB Fuziah Salleh tidak menafikan perkara tersebut malah menurutnya lagi, arak yang disediakan adalah dijual untuk non muslim bukan dihidang dan tidak termasuk dalam menu yang disediakan dalam majlis kutipan dana tersebut.

“Nama dah majlis kutipan dana. Siapa hendak menyumbang dialu-alukan.

“Bukan tetamu datang minum kopi je. Semua berbayar!

“Kalau iman ko setinggi gunung Rinjani, tak kan lah air arak segelas ko goyang? Kita tak minum tapi kita hormat non muslim.” tulis beliau lagi.

Meskipun begitu, ramai netizen di kalangan muslim dan non muslim rata-rata tidak bersetuju dan menegur kaedah penganjuran majlis tersebut.

Ada kalangan netizen membangkitkan kalau sebelum menang Pilihan Raya sudah disambut dengan arak, apatah lagi selepas menang.

Isu tersebut sedikit sebanyak menghilangkan kepercayaan umat Islam untuk mengundi PG dalam PRU ke-14.

Leave a Response