Mahathir kepada Hadi : Jangan Masuk Politik, Dia Sepatutnya Jadi Ustaz !

share on:

Mahathir kepada Hadi : Jangan Masuk Politik, Dia Sepatutnya Jadi Ustaz !
Oleh: Faris Mahfuz

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuan Guru Haji Hadi agar meletakkan jawatan selaku Presiden PAS.

“Dia sepatutnya jangan masuk politik. Dia sepatutnya jadi Ustaz. Dia ajar di kampung-kampung yang mana dia cukup layak tetapi dalam bidang politik, dia tak tahu apa pun. Jauh sekali dalam bidang pentadbiran. Yang dia dapat Terengganu untuk tadbir, apa dah jadi kat Terengganu?”

“Sebab itu, saya nasihat Hadi turunlah, pergi ke sekolah-sekolah ajar agama. Ajar agama yang betul lah bukannya agama yang mengkafir, itu tak betul.”

“Jika dia tak tahu, maka cukuplah dengan adanya agama Islam, bagi dia rujuk dengan al-Quran. Kalu dia tak tahu la. Mengkafirkan orang Islam adalah satu perkara yang dilarang.”

“Jadi saya fikir dia patut juga pergi belajar lagi supaya pegangan dan fahaman agama Islam dia tu lebih mendalam. Nanti apabila dah pandai betul, kita bagi dia jadi pensyarah dalam Universiti Islam.”

Beliau berkata demikian dalam satu sesi soal jawab sambil diperhatikan oleh Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden Pakatan Harapan, YAB Lim Guang Eng.

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10204323403360717&id=1698296322

Leave a Response