Contohi Orang Turki Pulang Mengundi Walau Dari Australia

share on:

Contohi Orang Turki Pulang Mengundi Walau Dari Australia

Oleh : Mohd Fadzil

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menegaskan dalam ceramah beliau baru-baru ini bahawa kewajipan mengundi adalah tanggungjawab semua rakyat dalam memilih pemimpin pada masa akan datang.

“Kita minta rakyat tunaikan tanggungjawab mengundi, para sahabat nabi tinggalkan urusan jenazah nabi kerana memilih pemimpin

“Mengundi ialah memilih pemimpin, ia adalah tanggungjawab. Yang penting ialah tanggungjawab

Mengulas lanjut berkenaan kewajipan mengundi, beliau memetik beberapa contoh yang lain.

“Orang turki yang bekerja di Australia, masa pilihanraya memilih erdogan. Mereka balik mengundi turki, dua kali ganda lebih jauh dari mekah

” Ada orang cina kerja balak dalam hutan di Sarawak, balik mengundi di Perak

“Kita berapa kilometer saja, Dah pergi ambil dengan kereta, tak keluar mengundi, anggap tanggungjawab tak penting.

“Kalau ada melayu anggap mengundi tak penting, ini adalah kesilapan yang besar,”ujar beliau.

Tags:

Leave a Response