Rakyat Masih Menderita Di Bawah Kerajaan BN

share on:

Rakyat Masih Menderita Di Bawah Kerajaan BN

Oleh: Faris Mahfuz

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata rakyat masih menghadapi masalah kos sara hidup walaupun Barisan Nasional telah memerintah selama 60 tahun dengan kekayaan hasil bumi yang melimpah ruah.

“Hasil negeri banyak bocor dan membazir dengan berbagai-bagai projek yang tidak memberi pulangan dan keuntungan serta tidak memberi pekerjaan kepada rakyat.”

“Projek untuk ‘kerat’ duit sekerat jalan sekadar untuk melawa dan menjadi kebanggaan sahaja,” tegas beliau.

Oleh itu katanya, PAS mahu menjadi ‘King Maker’ dalam PRU ke-14 bagi membela nasib rakyat yang kian ditindas dan membela kesucian agama Islam.

PAS akan bertanding 130 kerusi daripada 222 kerusi di seluruh negara dan sekiranya menang dengan 112 kerusi maka PAS boleh memerintah negara.

“Jika Allah SWT izinkan kita memerintah negara, maka kita boleh buat pelbagai perkara termasuklah menghapuskan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST), serNbC-PVAhfg a ke arah menghapuskan pinjaman PTPTN sekiranya kita boleh memerintah dengan mendapat 112 kerusi,” ujar beliau.

Leave a Response