Kalau Harap Cina Sahaja Memang DAP Tak Boleh Menang

share on:

Kalau Harap Cina Sahaja Memang DAP Tak Boleh Menang

Oleh: Muhamad Azri

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Amar menyatakan bukan sahaja PAS yang terjejas dengan perpecahan PR, malah Parti lain yang sebelumnya ada kerjasama dalam PR turut terjejas sama.

“Masalah hari ini orang akan nampak PAS yang akan kehilangan, orang tak fikir ke orang Melayu tak undi DAP?

“DAP bukan menang kerana undi Cina sahaja, DAP menang kerana undi Melayu.

“Sebab itu Pulau Pinang dapat di kuasai kerana undi Melayu, kalau harap Cina sahaja memang tak boleh menang,” katanya.

Tambah beliau, PKR juga turut merana terjejas kerana Parti mereka yang tiada jentera dan tenaga kerja seperti PAS.

Antaranya Chua Tian Chang dan Azmin Ali yang mengaku sendiri mereka tidak akan menang tanpa tenaga dari orang PAS.

Leave a Response