Janji BN Terengganu Dikritik

share on:

Janji BN Terengganu Dikritik

Oleh: Salman Amirruddin

Beberapa projek pembangunan yang bakal dilaksanakan telah diumum oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 12 April lalu dalam majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Parlimen Hulu Terengganu.

Projek tersebut merangkumi pembinaan sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu baru di sebuah masjid di Kampung Pasir Dula serta Pusat Komuniti di Kampung Teris.

Nilai projek untuk Ibu Pejabat Polis Daerah baharu mencecah RM 150 juta manakala RM 4 juta untuk pembinaan masjid dan RM 250,000 untuk pusat komuniti.

Namun demikian, janji tersebut mendapat kritikan Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Terengganu, Mohd Harun Esa pula dengan menyatakan janji pembangunan buat rakyat Hulu Terengganu perlu didahului dengan menyelesaikan isu rumah terbengkalai Padang Setengge, Kuala Berang.

Mohd Harun Esa menyatakan sedemikian dalam program Duduk dan Bantah Isu Rumah Terbengkalai Padang Setengge, Kuala Berang sehari selepas TPM membuat lawatan kerja ke Hulu Terengganu.

Leave a Response