Isu Arak Dalam Majlis PH Undang Kemarahan Netizen

share on:

Isu Arak Dalam Majlis PH Undang Kemarahan Netizen

Oleh: Nabihah Azman

Pakatan Harapan menerima kecaman netizen selepas tampil dengan Majlis Pelancaran Dana PRU bersama hidangan arak.

Hal tersebut ibarat mereka tidak serik dengan kecaman pesta arak di negeri Selangor seperti Better Beer 2017, Octoberfest sebelum ini.

Majlis pelancaran tersebut telah diadakan di Restoran Golden Empire Palace, Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh telah mengesahkan kejadian itu melalui status Facebook terbaru beliau Sabtu lalu.

Walaubagaimanapun, beliau tetap mempertahankan tindakan tersebut dengan menyatakan terdapat dua meja disediakan pada majlis tersebut.

Katanya, terdapat dua jenis meja pada majlis itu; halal dan non-halal dan menjelaskan kawasan non-halal ditempatkan di dalam dewan manakala kawasan halal ditempatkan diluar dewan.

Malangnya beliau turut menyindir teguran netizen dengan mengatakan “kalau iman ko setinggi gunung rijani, xakan lah air arak segelas ko goyang.”

Netizen mengecam keras majlis kutipan dana PRU anjuran parti yang berlogo mata biru itu kerana disifatkan sebagai tidak menghormati keberadaan umat Islam sedangkan dalam Islam terdapat larangan duduk di dalam majlis yang dihidangkan arak di dalamnya.

Apakah Parti Harapan tiada anggota yang beragama Islam?

Leave a Response