Batal ECRL: Najib Kecam Mahathir

share on:

 

Batal ECRL: Najib Kecam Mahathir

Oleh: Faris Mahfuz

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyatakan keprihatinan Kerajaan untuk membawa perubahan yang dianggap sebagai transformasi besar dan pembaharuan yang cukup ketara kepada seluruh Pantai Timur.

Beliau mengkritik pemimpin Pakatan Harapan dan bekas Perdana Menteri 22 tahun, Tun Dr Mahathir yang mahu melenyapkan semua kebaikan tersebut dan menghentikan pembangunan ECRL jika pakatannya berjaya menerajui Kerajaan pada Pilihan Raya Umum akan datang.

“Adakah ini ciri pemimpin yang kita mahukan? Sanggup menggadaikan kepentingan rakyat dan negara demi kepentingan dan pandangan peribadi?

“Memang pada era pemerintahan Tun Dr Mahathir, negeri-negeri Pantai Timur terutamanya Kelantan dianak tirikan, namun tidak ketika zaman saya memimpin Kerajaan.

“Saya tidak mengamalkan pendirian seperti beliau yang mendera dan mengabaikan Kelantan atau mana-mana negeri hanya kerana mereka berlainan pendapat atau pemimpin, kerana bagi saya sebagai pemimpin kita harus sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai yang paling utama, tak kira di mana mereka berada.

“Kelantan misalnya, walaupun di bawah pemerintahan parti pembangkang tetapi saya benar-benar ambil berat mengenai masa depan rakyatnya. Janji saya bukan retorik kosong tetapi saya komited untuk melaksanakannya dan ECRL antara salah satu contoh,” ujar beliau.

Tags:

Leave a Response