Undi Logo PKR Hakikatnya Undi DAP

share on:

Undi Logo PKR Hakikatnya Undi DAP
Oleh : Mohammad Nor

DAP akan bertanding menggunakan logo PKR bagi menyembunyikan logo roket yang digunapakai semenjak tahun 1966 dalam PRU ke 14 kali ini.

Demikian laporan dipetik Harakah Daily Jumaat lalu yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai jalan DAP meraih undi.

Laporan sama menyatakan bahawa DAP berbuat demikian bagi menarik pengundi Melayu memandangkan sikap tegar DAP menentang usaha memartabatkan Islam, termasuk RUU 355 yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang sebelum ini.

Terdahulu, Dr Kamarul Yusoff membuat pendedahan terdapat surat hebahan rasmi dari ‘Bishop of Melaka Johor Diocese’, Rt. Rev. Bernard Paul bertarikh 11 April 2018 sebagai arahan ke atas pihak tertentu bagi memenangkan calon Pakatan Harapan.

Selain itu, AMANAH dan BERSATU yang juga parti kompenen dalam Pakatan Harapan di antara parti yang bertanding menggunakan logo PKR.

“Jangan tertipu. Undi logo PKR hakikatnya undi DAP,” demikian antara petikan akhbar Harakah Daily.

Tags:

Leave a Response