PAS Wilayah Mahu Ku Nan Jadi Orang Pertama Disiasat Bawah Akta Anti Berita Tidak Benar

share on:

PAS Wilayah Mahu Ku Nan Jadi Orang Pertama Disiasat Bawah Akta Anti Berita Tidak Benar

Oleh: Sofia Alwani Ali

PAS Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Majlis Pelancaran Manifesto PAS Wilayah Persekutuan bagi Pilihan Raya Umum ke-14.

Manifesto tersebut diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Mohd Noor Mohamad.

Satu sidang media bersama para wartawan yang hadir telah diadakan selepas majlis pelancaran tersebut.

Di dalam wawancara itu, beliau turut diajukan soalan berkenaan kenyataan Ku Nan yang menuduh PAS memberi pil kuda kepada para petugas pilihan raya kawasan Putrajaya yang lalu.

“Yang budak Pemuda Umno (petugas Umno) ni lembik, longlai.

“Akhirnya bila kita check (selidik) rupanya dia sumbat kawan ni denagn pil kuda. Ini parti Islam..” kata Tengku Adnan.

Sebagai respon kepada dakwaan tersebut, Mohd Nor berkata mereka tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis terhadap Ku Nan.

“Saya sudah berbincang dengan barisan penasihat undang-undang PAS Wilayah, kita mungkin akan membuat report polis supaya beliau menjadi orang yang pertama didakwa di bawah akta anti berita tidak benar,” katanya.

Tags:

Leave a Response