Komponen BN Masih Berunding Tentukan Kerusi

share on:

Komponen BN Masih Berunding Tentukan Kerusi

Oleh: Salman Amirruddin 

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan bahawa pembahagian kerusi dalam kalangan komponen Barisan Nasional (BN) dibuat menerusi perundingan.

Beliau menegaskan perkara berikut semalam kerana terdapat laporan menyatakan MCA mahu kembali bertanding di kerusi Parlimen Wangsa Maju selepas ia dipinjamkan kepada UMNO pada PRU 13 lalu.

“Perkara ini dibincang atas semangat dan setiakawan dalam BN di peringkat pimpinan atasan.

“Sebab itu, saya sendiri selaku presiden MCA tidak akan memberi komen secara terbuka,” jawab beliau semasa diminta mengulas perkara tersebut selepas majlis perasmian Fiesta NBOS Mesra Rakyat di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong, Mempaga 1.

 

Tags:

Leave a Response